”Hardest Goodbye…”, Bakal Tunang Arwah Pemandu Grab Kongsi Rasa Kehilangan

Semalam kita dikahabarkan dengan berita penemuan mayat Mohammad Hanafie bin Jaafar, seorang pemandu Grab yang hilang selama dua hari sebelum ditemui sudah tidak bernyawa semalam.

Ramai yang berkongsikan kesedihan dan mendoakan arwah di ruangan komen semasa kami melaporkan berita mengenainya semalam, namun tiada siapa yang lebih sedih berbanding keluarga dan orang yang rapat dengan arwah sendiri.

Salah seorangnya ialah bakal tunang arwah Mohammad Hanafie, Asnida Saip menerusi satu kiriman di akaun Facebook-nya baru-baru ini.

Hardest goodbye. Siapa kita mahu lawan takdir Allah? InshaAllah, perlahan-perlahan cuba terima walau perit. Di mana-mana banyak kenangan. Thank you for everything kebahagian walau sementara (6 years berlalu begitu sahaja).

Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan, bagi kata semangat, yang lain kawan FB viral kan dan juga siapa sahaja yang ada hubungi saya dan keluarga mangsa memberi bantuan sepanjang pencarian.

Terima kasih juga kepada pihak polis sentiasa update apa-apa sama kami selama mencari (serius pihak polis sangat humble & walaupun orang nampak macam tak buat kerja sebenarnya mereka bertugas. I know sebab diorang selalu chat update setiap jam). Kamu semua memang terbaik. Terima kasih semua. Maaf. Kalau ada yang tak terbalas chat atau tag. Kita doakan yang baik-baik untuk arwah.

Foto: FB Asnide Niedaa

Dalam pada itu, pihak polis sudah pun menahan dua suspek lelaki termasuk seorang warga asing bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut laporan Bernama, kedua-dua suspek telah mengaku membunuh dan membuang mangsa di sebuah kawasan di Tuaran. Pihak polis mempercayai ia adalah kes samun.

Sumber: FB Asnieda Nieda/BERNAMA

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*