Fatimah kembali ke sekolah, gambar Adamdidam jadi peneman, “Dia bukan seperti pakcik saya… tapi dia ayah saya!”

HANYA gambar jadi pengganti, tapi ia sudah cukup untuk mengubat kesedihan yang dialami oleh personaliti cilik, Fatimah yang kehilangan bapa saudara kesayangannya pada Ramadan lalu.
Kanak-kanak berusia lima tahun itu membawa gambar kenangan bersama chef selebriti Muhammad Adam Mahamed Ismail ke sekolah untuk dikongsikan bersama guru dan rakan-rakannya.Selepas 23 hari personaliti televisyen dan media sosial itu meninggal dunia, Fatimah akhirnya kembali bersedia untuk meneruskan sesi persekolahan pada Selasa.

Ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail memberitahu mStar bahawa seluruh warga sekolah turut bersedia untuk memberikan sokongan kepada Fatimah yang nyata terkesan dengan kehilangan bapa saudara kesayangannya.

Kenangan Adam mendukung Fatimah.

“Fatimah minta bapanya cetak gambar dengan Mamajee (Adam) untuk dibawa ke sekolah sebab nak kongsi dengan kawan-kawan.

“Di sini, memang budaya untuk kongsi perasaan dengan orang lain di sekolah untuk membantu kita menghadapi situasi lebih baik,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Perkongsian tentang perkembangan Fatimah itu turut dimuat naik menerusi akaun Instagram @thefamily.uk berserta kapsyen yang mengundang rasa sayu netizen.

“Ini pakcik saya. Saya panggil dia Mamajee. Tapi, dia bukan seperti pakcik saya… dia ialah ayah saya!

“Mamajee meninggal dunia. Saya sangat menyayangi Mamajee sebab dia buat saya rasa selamat,” ucap Fatimah kepada guru dan rakan sekelasnya.

Fatimah kembali ke sekolah pada Selasa. – Instagram @thefamily.uk

Melalui gambar yang dimuat naik, Fatimah mengenakan baju sekolah yang disarung dengan jaket rona merah jambu dan wajahnya menunjukkan riak sedih, selain matanya kelihatan bengkak.

Nor Ashila turut berkata, suaminya mencetak 37 keping gambar kenangan bersama Adam untuk dibawa oleh Fatimah ke sekolah.

“Pada mulanya Fatimah nak bawa semua gambar. Tapi kemudian dia pilih dua gambar dia dan Mamajee yang paling disukainya.

“Tapi, Fatimah ni secara semula jadinya tidak suka pentingkan diri sendiri. Akhirnya, dia pilih gambar ramai-ramai dengan Mamajee,” kata kakak Adam itu.

Tambahnya, bagi mengurangkan kesedihan anak perempuannya itu, Nor Ashila akan memasang rakaman surah kegemaran Fatimah sehinggalah kanak-kanak itu tertidur.

Fatimah dan Ali menganggap Adam seperti bapa mereka.

Antara ketiga-tiga anaknya, Fatimah dilihat terlalu terkesan dan cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

“Fatimah seorang budak yang ceria. Tapi, selepas Adam pergi, dia nampak sedikit murung tapi susah nak menangis.

“Dia balik sekolah tak gembira, sekejap OK dan sekejap tak. Tidak macam Mukhtar dan Ali,” ujarnya.

Nor Ashila juga sering memberitahu Fatimah untuk melepaskan perasaan yang terbuku di hati dan tidak mengapa jika dia ingin menangis.

Pada 19 Mei lalu, peserta Hero Oven musim kedua siaran TV3 itu dijemput Ilahi akibat jangkitan paru-paru.

Kehilangan Adam turut dirasai oleh lebih 457,000 pengikutnya di laman Instagram.

mstar

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*